KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT WP LABUAN TAHUN 2015 KUKUHKAN SEMANGAT DAN KETAHANAN DIRI


BERINGGIS, 22 Ogos 2025 – Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bermula dengan perjalanan peserta dari Labuan ke Pasakon Beach Camp Site, Beringgis, Sabah.
Hari pertama dimulakan dengan taklimat pembukaan, sesi suai kenal dan pembentukan kumpulan bagi mengeratkan hubungan peserta.
Pengisian pertama, Rakan Aktif: Cabaran Sinergi, menekankan kerjasama dan ketahanan diri melalui aktiviti interaktif. Seterusnya, Dr. Tuan Norbalkish Tuan Abdullah, Pensyarah Kanan UMS, menyampaikan slot Psychospiritual dan Resilience yang memberi inspirasi kepada belia untuk lebih tabah dan berdaya tahan menghadapi cabaran hidup.
Hari pertama mencerminkan matlamat kem untuk melahirkan belia berdisiplin, berdaya saing dan berdaya tahan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#JBSWPL

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-10-2025, 15:43:48

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search