- JBS WP Labuan
- Hits: 28
GENTA BELIA W.P. LABUAN MELABUH TIRAINYA
- JBS WP Labuan
- Hits: 28
KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN, 17 OGOS 2025 ~ Lebih 450 peserta berdaftar hadir di Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang telah diadakan bermula 16 Ogos lalu.
Pelbagai pengisian yang telah disusun sepanjang 2 hari ini bertujuan memberi perkongsian ilmu kepada masyarakat sekitar dan khususnya kepada belia Labuan itu sendiri.
Antara pengisian yang telah dilaksanakan adalah pameran agensi yang telah bergabung tenaga menjayakan program kali ini. Reruai yang dilaksanakan memberi input tambahan serta perkongsian maklumat kepada belia Labuan yang mana disertai dari pihak PERKESO Labuan, Jabatan Pertanian Labuan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (KPDNKK), Majlis Belia Labuan, Kelab Rakan Muda Bandar Labuan dan dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) yang bersama mencari rekrut kepada belia di Pulau Mutiara ini.
Sesi perkongsian maklumat yang disampaikan dari Agensi PERKESO Labuan (Faedah Dibawah PERKESO), Jabatan Pertanian Labuan (Program Agroprenuer Muda) dan KPDNKK (Price Catcher) turut dikongsikan kepada belia yang hadir bermula dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang tadi.
Majlis Penutupan turut disertai oleh Encik Mohd Saibie bin Ibrahim, Penolong Pengarah (Kanan) Cawangan Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negara, dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah. Turut hadir Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan.