- JBS WP Labuan
- Hits: 34
KEMBARA JOM ZON BORNEO 1 TAMAT DENGAN DIALOG BELIA BERSAMA YB TIMBALAN MENTERI KBS
- JBS WP Labuan
- Hits: 34
KOTA MARUDU, 17 Ogos 2025 – Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Zon Borneo 1 (Sabah & W.P. Labuan) Tahun 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh meriah di Kampung Tagaroh. Hari terakhir program ini diserikan dengan sesi Townhall Bersama YB Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, yang menjadi medan terbuka untuk belia menyuarakan pandangan, cadangan serta aspirasi mereka secara langsung kepada kepimpinan.
Sesi tersebut bukan sahaja mencetuskan perbincangan yang segar dan konstruktif, malah memperlihatkan keterbukaan kerajaan dalam mendengar suara belia di peringkat akar umbi. Kehadiran ramai peserta yang aktif melontarkan idea membuktikan komitmen golongan muda untuk terus menjadi rakan strategik dalam pembangunan negara.