- JBS WP Labuan
- Hits: 21
TAKLIMAT ROY, KOLEJ KOMUNITI DAN IKBN WARNAI PENUTUP KEMBARA JOM
- JBS WP Labuan
- Hits: 21
KOTA MARUDU, 17 Ogos 2025 – Hari terakhir Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Zon Borneo 1 (Sabah & W.P. Labuan) Tahun 2025 di Kampung Tagaroh berlangsung meriah dengan pengisian Taklimat Agensi. Antara yang turut serta menyampaikan taklimat ialah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Akademi Kenegaraan Negeri Sabah, Kolej Komuniti Kota Marudu dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.
Sesi penerangan ini memberi pendedahan berguna kepada para peserta mengenai peluang pendidikan, latihan, kepimpinan serta ruang penglibatan dalam pembangunan belia. Kehadiran agensi-agensi tersebut sekaligus memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.