- JBS WP Labuan
- Hits: 18
MALAM MERIAH KEMBARA JOM: BELIA, KELUARGA ANGKAT DAN SEMANGAT PERPADUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 18
KOTA MARUDU, 16 Ogos 2025 – Hari kedua Program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Zon Borneo 1 (Sabah & W.P. Labuan) Tahun 2025 di Kampung Tagaroh terus berlangsung penuh meriah dengan pengisian yang sarat makna.
Acara Youth Talent Night membuka ruang kepada belia menonjolkan bakat kreatif melalui nyanyian, tarian dan persembahan seni, sekali gus menyemarakkan keyakinan diri serta semangat kebersamaan. Malam diteruskan dengan Majlis Makan Malam Bersama Keluarga Angkat yang bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah memperkukuh nilai rohani, semangat kesukarelawan dan rasa kekitaan antara peserta serta komuniti setempat.
Program ini membuktikan bahawa aktiviti berbentuk hiburan dan kebudayaan boleh digarap bersama elemen kerohanian dan sukarelawan, menjadikannya platform terbaik untuk membina jati diri belia yang progresif, berdaya tahan dan prihatin terhadap masyarakat.