𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐑𝐆𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐈𝐅 (𝐒𝐊𝐄) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐖𝐏 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍

Kundasang, 16 Ogos 2025 - Seminar Kecergasan Eksekutif (SKE) Peringkat WP Labuan telah berlangsung pada 14-16 Ogos 2025 bertempat di Perkasa Hotel, Kundasang,Sabah.
Seminar selama tiga hari ini menghimpunkan para peserta yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di agensi-agensi kerajaan WP Labuan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan berkaitan gaya hidup aktif, teknik bersukan yang betul, pemilihan peralatan yang sesuai dan amalan pemakanan sihat dalam kalangan penjawat awam.
Program ini juga menjadi medan perkongsian ilmu berkaitan kepentingan kecergasan fizikal dan mental sebagai asas kepada kecemerlangan prestasi kerja dan pengurusan organisasi.
Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg. Encik Dharzuky bin Daud @ Zulkifli, Pengarah Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Turut hadir YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan Puan Mahanum Binti Fauzi Pengarah Jabatan Belia dan Sukan dalam seminar tersebut.
#SKEWPLABUAN
#JBSWPLABUAN
#MalaysiaMadani

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search