- JBS WP Labuan
- Hits: 59
OPERASI PEMUSNAHAN SARANG TEBUAN DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN WP LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 59
LABUAN, 13 Julai - Satu operasi pemusnahan sarang tebuan di kawasan Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan telah dilakukan oleh pasukan APM W.P Labuan setelah menerima aduan daripada pengawal keselamatan yang bertugas.
Tindakan pantas APM WP Labuan bergegas ke lokasi bagi memantau dan meninjau keberadaan sarang tebuan dan disusuli dengan operasi pemusnahan pada sebelah malam.
Pihak Jabatan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas tindakan pantas APM WP Labuan demi memastikan keselamatan kakitangan dan pengguna di Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan terjaga setiap masa.