- JBS WP Labuan
- Hits: 43
PEGAWAI DAN KAKITANGAN JBS WP LABUAN SERTAI PROGRAM SUKARELAWAN BFF SIRI 3 – PEMINDAHAN HASIL TANAMAN BUNGA SEMUSIM DI TAPAK BORNEO FLORA FESTIVAL
- JBS WP Labuan
- Hits: 43
LABUAN, 12 Julai – Pegawai dan kakitangan JBS WP Labuan turun padang bagi menjayakan program Sukarelawan Siri 3: Pemindahan Hasil Tanaman Bunga Semusim di tapak utama Borneo Flora Festival @Labuan 2025, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Program ini digerakkan agensi kerajaan dan swasta, ketua-ketua komuniti setempat serta sukarelawan tempatan menyumbang tenaga dan bantuan logistik bagi memastikan kelancaran program yang akan dilangsungkan pada 26 hingga 30 Julai 2025.
JBS WP Labuan menyeru kepada seluruh warga Labuan untuk memeriahkan Borneo Flora Festival dan menyertai Borneo Flora Walk 5km dan Borneo Flora Aerobicthon Challenge pada 27 Julai 2025.