- JBS WP Labuan
- Hits: 40
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT WP LABUAN SIDANG I, PENGGAL KE-35, SESI 2025-2026
- JBS WP Labuan
- Hits: 40
LABUAN, 6 Julai 2025 – Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat WP Labuan Sidang I, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan. Turut hadir Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan dan Encik Carl Sherman anak Rigar, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Majlis Perundingan Belia Negara merupakan platform untuk membincangkan isu dan masalah yang dihadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat selain memperkukuhkan serta mempertingkatkan hubungan dan jaringan kerjasama antara pemimpin pertubuhan belia dengan pihak kerajaan dalam usaha melahirkan belia yang dinamik dan berdaya saing.
Sebanyak lima (5) usul telah diangkat bagi tujuan mencapai solusi yang bersesuaian bersama agensi yang berkaitan demi pembangunan belia khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir dan menjayakan majlis perundingan tersebut.