- JBS WP Labuan
- Hits: 44
PROGRAM ASEAN PERSONS WITH DISABILITIES IN SPORTS CONFERENCE 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 44
PUTRAJAYA, 21 Jun 2025 – Persidangan bertaraf Antarabangsa ini diadakan sempena Kepengerusian ASEAN Tahun 2025 dengan bertemakan Inclusive Sports for All: Breaking Barries, Building Bridges in ASEAN yang menghimpunkan seramai 250 wakil Negara Asean dan pemegang taruh tempatan.
Persidangan ini mengetengahkan skop perbincangan melibatkan pembangunan Orang Kurang Upaya daripada pelbagai aspek dan mencerminkan hasrat bersama negara-negara ASEAN untuk menghapuskan halangan fizikal, sosial dan mental yang menghalang penyertaan aktif golongan OKU dalam bidang sukan. Antara objektif utama persidangan ini ialah untuk berkongsi dasar, amalan terbaik, hasil penyelidikan serta pengalaman atlet "Persons With Disabilities", di samping merancang pelan tindakan serantau untuk meningkatkan penglibatan golongan ini dalam arena sukan.
Persidangan tersebut turut disertai oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Pegawai Pembangunan Orang Kurang Upaya, Norafizahwati binti Banting dan Setiausaha Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Wilayah Persekutuan Labuan Encik Heidar Hussein bin Mohammad Rashid.