- JBS WP Labuan
- Hits: 130
PROGRAM MASTER SPORT PERINGKAT W.P. LABUAN (PETANQUE 2025)
- JBS WP Labuan
- Hits: 130
29 Jun 2025 | Gelanggang Kelab Petanque Layangan - Seramai lebih kurang 74 orang peminat-peminat sukan Petanque telah menyertai Program Master Sport Peringkat W.P. Labuan 2025 (Petanque) yang dianjurkan oleh jabatan ini dengan kerjasama Kelab Petanque Layangan.
Matlamat untuk Malaysia mencapai status negara sukan tidak hanya memfokuskan kepada pencapaian sukan berprestasi tinggi tetapi yang paling utama adalah untuk membangunkan ekosistem budaya sukan ke arah kesejahteraan rakyat secara holistik sepertinini. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha dan pendekatan yang komprehensif seperti pelaksanaan program ini perlu digerakkan dengan kerjasama pelbagai pihak.
Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P.Labuan, Puan Mahanum Binti Fauzi telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah di Gelanggang Kelab Petanque Layangan, Kampung Layang-Layangan, W.P. Labuan. Turut hadir Penolong Pengrah (Sukan), Encik Felix Den Anthony Paru.
Jabatan ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam pelaksanaan program ini terutamanya kepada Kelab Petanque Layangan dan juga kepada semua peserta yang telah meluangkan masa menyertai program ini.
