- JBS WP Labuan
- Hits: 46
KLINIK BOLA SEPAK OLEH NPO SAVE THE ASIAN MONUMENTS DARI NEGARA JEPUN
- JBS WP Labuan
- Hits: 46
LABUAN, 15 Mei - Seramai 36 orang pelajar berumur bawah 12 tahun yang mewakili PEKAN FC, Kelab Bola Sepak Marlin dan Akademi Tunas Labuan 2.0 telah menyertai klinik bola sepak anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama NPO Save The Asian Monuments yang diwakili oleh jurulatih bola sepaknya, Yoji Nakamura yang berlangsung di Padang Bola Sepak Sintetik Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan.
Objektif utama klinik ini adalah untuk mengenali permainan bola sepak, kemahiran-kemahiran asas dalam permainan bola sepak, teknik-teknik mengawal bola, hantaran bola yang betul dan mini pertandingan bola sepak.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Pihak Jabatan merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan yang bekerjasama membantu dan menyokong program ini.