PERLAWANAN PERSAHABATAN LAWN BOWLS BERSAMA MEDIA LABUAN


LABUAN, 17 Jun 2025 - Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah mengadakan perlawanan persahabatan lawn bowls bersama Media Labuan pada 11 Jun 2025 yang lalu, bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Program ini diinisiatifkan bagi mengeratkan hubungan pegawai dan kakitangan bersama pengamal media di Labuan sebagai rakan strategik pelaksana program selain antara organisasi yang banyak membantu mempromosi program yang dilaksanakan oleh Jabatan. Program sebegini turut menggalakkan para pegawai dan pengamal media mengamalkan 'work-life balance' serta gaya hidup sihat.
Perlawanan tersebut turut disertai oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan serta Encik Jainudin Djimin, Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search