LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2025

LIGA SUKAN ORANG KURANG UPAYA (LiSOKU) PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2025
LABUAN, 18 Jun 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Labuan dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan telah menganjurkan kejohanan tersebut pada 14-15 Jun 2025 yang lalu, bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Labuan. Kejohanan ini memberi peluang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menunjukkan bakat dan kemampuan mereka dalam bidang sukan dan membuktikan bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

Acara yang dipertandingkan ialah sukan futsal dan bola tampar duduk yang melibatkan penyertaan golongan OKU seramai 210 orang. Majlis Penutupan Kejohanan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sahbudin bin Ag Muhamad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Labuan dan Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Keputusan Rasmi:
Futsal Lelaki
Johan - Tiara FT
Naib Johan - Semela Kuat
Tempat Ketiga - Brothers FT
Futsal Wanita
Johan - Srikandi Semela
Naib Johan - Mutiara 3
Tempat Ketiga - SMK Pantai
Bola Tampar Duduk Lelaki
Johan - Brownies
Naib Johan - SMK Pantai
Tempat Ketiga - Semela Slay
Bola Tampar Duduk Wanita
Johan - Semela Gold
Naib Johan - Adudu
Tempat Ketiga - Thunders Spikers
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search