Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan OKU (LiSOKU) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2025


LABUAN, 6 MEI 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan OKU (Lisoku) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2025 telah dilaksanakan pada 5 Mei 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabtan belia dan Sukan W.P.Labuan. Kejohanan Liga Sukan OKU (LiSOKU) Peringkat Negeri merupakan program pembangunan sukan untuk orang kurang upaya dan memberi peluang kepada OKU akar umbi untuk menyertai pertandingan sukan bola tampar duduk dan futsal.
Kejohanan Liga Sukan OKU (Lisoku) Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2025 akan diadakan pada 14-15 Jun 2025, bertempat di Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search