MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN GABUNGAN BELIA DAN BELIAWANIS KG. POHON BATU KALI KE-38


LABUAN, 23 Februari 2025 - Persatuan Gabungan Belia Dan Beliawanis Kg. Pohon Batu (GABPOBA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-38, bertempat di Balai Raya Kampung Pohon Batu.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Puan Tracy Tumay Rigar.
Turut hadir Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Encik Haryadi bin Omar, Ketua Kampung Pohon Batu, Puan Hajah Niswati binti Tarji, Pengerusi MPP Zon 4, Encik Rody Erik Anajery, Pegawai Pembangunan Sosial JBS WP Labuan, barisan kepimpinan GABPOBA dan ahli GABPOBA. Majlis turut diserikan dengan kehadiran para pelopor GABPOBA dan para mantan Pengerusi GABPOBA.
Selain mesyuarat tersebut, turut diadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sempena Ulang Tahun GABPOBA Ke-38 Tahun 2025. Untuk makluman, tarikh ulang tahun sebenar jatuh pada 17 April setiap tahun.
Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan GABPOBA yang dipimpin oleh Saudara Mohammad Hazwan bin Tamin selaku Pengerusi GABPOBA. Sesungguhnya GABPOBA mampu memacu belia Labuan ke arah yang lebih progresif serta dinamik, khususnya belia Kampung Pohon Batu.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search