- JBS WP Labuan
- Hits: 73
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT WP LABUAN BIL.1/2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 73
LABUAN, 18 April 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat WP Labuan Bil. 1/2025 telah dilaksanakan pada 17 April 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat Cemerlang, Wisma Perbadanan Labuan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan mewakili Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan HBN Peringkat WP Labuan Tahun 2025.
Sambutan HBN Peringkat WP Labuan Tahun 2025 akan diadakan pada 17 dan 18 Mei 2025, bertempat di Ujana Kewangan Labuan.