- JBS WP Labuan
- Hits: 102
PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN WP LABUAN BIL.1/2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 102
LABUAN, 17 April 2025 – Perhimpunan Bulanan JBS WP Labuan bagi bulan Januari hingga Mac telah dilaksanakan pada pagi semalam, bertempat di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan.
Hadir ke perhimpunan tersebut ialah Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan, pegawai dan kakitangan Jabatan serta para pekerja kontrak perkhidmatan di JBS WP Labuan.
Pengarah berharap agar semua pegawai dan kakitangan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja dari semasa ke semasa serta memberikan perkhidmatan dengan penuh amanah demi kesejahteraan bersama.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan JBS WP Labuan bagi bulan Disember 2024 hingga Mac 2025 dan Selamat Hari Lahir kepada pegawai dan kakitangan bagi bulan Januari hingga April 2025.