- JBS WP Labuan
- Hits: 100
PEGAWAI DAN KAKITANGAN JBS WP LABUAN SERTAI KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM APM WP LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 100
LABUAN, 14 April 2025 – Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (JBS WP Labuan) telah menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Pusat Kawalan Operasi (PKO) APM WP Labuan pada 12 dan 13 April 2025.
Antara objektif kursus yang telah dikendalikan sepenuhnya oleh Pegawai dan jurulatih terlatih daripada APM W.P Labuan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan asas kepada para pegawai dan kakitangan JBS WP Labuan dalam aspek-aspek penting berkaitan pertahanan awam serta persediaan menghadapi kecemasan. Antara modul yang dijalankan termasuk Kawad Kaki, Pengenalan kepada Pertahanan Awam, Asas Pertolongan Cemas (termasuk CPR dan teknik menangani 'choking'), Asas Memadam Kebakaran, Asas Simpulan dan Ikatan serta Asas Menyelamat.
Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan turut hadir menyertai kursus tersebut dan menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak APM WP Labuan atas kerjasama serta perkongsian sepanjang kursus berlangsung.