- JBS WP Labuan
- Hits: 89
MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT W.P. LABUAN BERSAMA MBL BIL. 1/2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 89
LABUAN, 10 April 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan Bersama Majlis Belia Labuan (MBL) Bil. 1/2025 telah dilaksanakan bertempat di Bilik Mesyuarat JBS W.P. Labuan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS W.P. Labuan. Turut hadir Cik Nazera binti Roslan, Presiden MBL, barisan EXCO MBL dan pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Belia JBS W.P. Labuan.
Antara intipati mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat W.P. Labuan Tahun 2025. Semoga semua aktiviti yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan lancar.