- JBS WP Labuan
- Hits: 133
SESI PERBINCANGAN PENGANJURAN ASEAN ANTI-DOPING & SPORT INTEGRITY SYMPOSIUM 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 133
LABUAN, 28 Februari - Satu sesi perbincangan bagi penganjuran Asean Anti-Doping & Sport Integrity Symposium 2025 telah berlangsung pagi ini di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
Taklimat telah disampaikan oleh Cik Nageswary a/p Thiagarajan, Timbalan Pengarah ADAMAS dan dihadiri oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan bersama semua pegawai Jabatan.
Simposium ini akan dilaksanakan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dengan kerjasama JBS WP Labuan, World Anti-Doping Agency (WADA), Sports Integrity Australia (SIA) dan South East Asia Regional Anti-Doping Organization (SEARADO) melibatkan delegasi dari luar dan dalam negara pada 14-15 Oktober 2025.