- JBS WP Labuan
- Hits: 120
KUNJUNG HORMAT ANGKATAN PERTAHANAN AWAM LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 120
LABUAN, 25 Februari - Satu lawatan kunjung hormat daripada APM W.P Labuan kepada Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan telah berlangsung petang ini di Bilik Mesyuarat Utama JBS WP Labuan.
Rombongan APM WP Labuan diketuai oleh Mejar (PA) Siti Janariah binti Bacho bersama Leftenan (PA) Marinus bin Mathius. Turut hadir bagi pihak JBS WP Labuan adalah Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan, Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pengurus KOMBES WP Labuan dan Encik Zulhairi bin Isnean, Pegawai Rakan Muda.
Sesi kunjung hormat ini membincangkan kerjasama strategik antara Jabatan di mana pihak APM mencadangkan penglibatan pegawai dan kakitangan JBS WP Labuan di dalam Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam (PSPA) dan sukarelawan SATRIA Rakan Muda sebagai Civil Defence Auxiliary (CDA).
Di samping itu, Pengarah JBS WP Labuan turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas bantuan dan kerjasama APM WP Labuan kepada program-program dan bantuan teknikal kepada pihak Jabatan selama ini.