- JBS WP Labuan
- Hits: 106
LAWATAN KE TAPAK PROJEK MENAIK TARAF KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN WP LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 106
LABUAN, 19 Februari - Satu lawatan ke tapak Projek Menaiktaraf Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan telah berlangsung petang tadi setelah selesai Mesyuarat Teknikal Bil. 2/2025.
Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan turut hadir bersama dalam lawatan tersebut dan diberikan taklimat ringkas kemajuan kerja oleh Ir. Mohd. Faizul bin Mohd. Ali Hanapiah, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Labuan dan pasukan kontraktor utama projek, Mohisma (M) Sdn. Bhd.
Puan Pengarah telah menggesa kepada pihak kontraktor bagi menggiatkan kerja di tapak bina agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual dan dapat dimanfaatkan oleh warga Labuan.