SUMMER CAMP RAKAN MUDA KEPONG/SEGAMBUT 2025 – SLOT 2: AKTIVITI ICE BREAKING & PEMBENTUKAN KUMPULAN


18 Julai 2025, Jumaat – Slot kedua Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong/Segambut 2025 diteruskan dengan aktiviti ice breaking dan pembentukan kumpulan. Aktiviti ini dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman bagi membantu peserta lebih saling mengenali, membina semangat kerja berpasukan serta memupuk nilai hormat dan kerjasama.

Melalui aktiviti-aktiviti santai dan interaktif seperti permainan dinamika kumpulan, peserta dilihat lebih berani tampil ke hadapan serta lebih terbuka untuk berkomunikasi. Aktiviti ini menjadi landasan penting untuk mencipta suasana kem yang kondusif dan menyokong penglibatan aktif peserta dalam slot-slot seterusnya sepanjang program berlangsung.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search