SUMMER CAMP RAKAN MUDA KEPONG/SEGAMBUT 2025 – SLOT 1: PERKONGSIAN BAHAYA DADAH


18 Julai 2025, Jumaat – Seramai 40 orang peserta telah menyertai Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong/Segambut 2025 yang berlangsung di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Hulu Selangor. Program ini bertujuan untuk membina jati diri dan sahsiah belia melalui pelbagai slot pengisian yang bersifat pendidikan, fizikal dan sosial.

Slot pertama dimulakan dengan perkongsian berinformasi daripada Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor mengenai bahaya penyalahgunaan dadah. Peserta diberi pendedahan tentang jenis-jenis dadah, kesan terhadap individu dan masyarakat serta pendekatan pencegahan yang boleh diambil. Slot ini mendapat perhatian penuh peserta dan membuka ruang perbincangan yang aktif berkaitan isu dadah dalam kalangan belia masa kini. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut mengucapkan terima kasih kepada Pn. Azni binti Mohd atas komitmen dan perkongsian dalam slot ini.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search