- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 42
PERBINCANGAN AKHIR BAGI PELAKSANAAN PROGRAM SUMMERCAMP RAKAN MUDA PERINGKAT KAWASAN KEPONG/SEGAMBUT 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 42
17 Julai 2025, Khamis – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut telah mengadakan perbincangan akhir bersama jurulatih dari Success Outdoor Solution bagi pelaksanaan Program Summercamp Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong/Segambut Tahun 2025.
Perbincangan ini memfokuskan kepada penyusunan jadual, atur cara dan pengisian aktiviti sepanjang program yang dijadualkan berlangsung di Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Hulu Selangor. Turut dibincangkan secara teliti ialah aspek latar belakang para peserta agar setiap aktiviti yang dirancang dapat disesuaikan bagi mengelakkan sebarang risiko sekaligus memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta sepanjang program berlangsung.