- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 43
TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DAN SISTEM PENGISIAN ARP KAWASAN KEPONG/SEGAMBUT
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 43
17 Julai 2025 – Seramai 80 orang pelajar dari Kolej Tingkatan Enam (PraUniversiti) Desa Mahkota, Kuala Lumpur telah menyertai Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda dan Sistem Pengisian ARP Peringkat Kawasan Kepong/Segambut. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta yang berdaftar untuk Tahap Gangsa mengenai pengisian dan pelaksanaan aktiviti ARP dengan lebih teratur dan berkesan.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Mark Yogaraj, Pemimpin Badan Operasi Pergerakan Belia Inspirasi, yang turut berkongsi pengalaman serta panduan praktikal berkaitan empat komponen utama dalam program ARP iaitu Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Penjelahan Lasak. Program ini diharapkan dapat membina sahsiah diri, jati diri serta semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia melalui pendekatan pembelajaran luar bilik darjah.