- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 36
KUNJUNG HORMAT DUTA KENALI UBAT ANDA KE JBS WP KUALA LUMPUR
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 36
15 Julai 2025 – Satu kunjung hormat oleh Duta Kenali Ubat Anda dan Pertubuhan Sukarelawan Aktif Anda telah diadakan ke Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bertempat di Bilik Mesyuarat Kiara Ria. Tujuan kunjungan ini adalah untuk menjalin kerjasama strategik serta menjadikan JBS WP Kuala Lumpur sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan program-program kesedaran ubat yang dirancang di peringkat kawasan dan negeri.
Mesyuarat yang berlangsung pada jam 11.30 pagi itu telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah JBS WP Kuala Lumpur dengan kehadiran seramai 13 orang peserta. Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Encik Halman bin Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut. Kunjungan ini diharap dapat membuka ruang kolaborasi yang lebih meluas dalam usaha memperkasa kesedaran kesihatan dalam semua peringkat umur.