KONTINJEN KEPONG/SEGAMBUT CEMERLANG DI LIGA SUKAN KOMUNITI WP KUALA LUMPUR 2025


Kuala Lumpur, 12 Julai – Kontinjen Kepong/Segambut yang menyertai acara bola jaring, sepak takraw dan ping pong berpasukan campuran telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam saingan Liga Sukan Komuniti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2025 yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur. Pasukan bola jaring telah muncul juara, manakala pasukan ping pong campuran berjaya meraih tempat ketiga bersama dalam pertandingan yang penuh cabaran dan persaingan sengit.

Walau bagaimanapun tiada rezeki bagi pasukan sepak takraw yang akur dengan kehebatan pasukan lawan tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan, namun kontinjen tetap menerima pujian atas usaha dan komitmen yang ditampilkan sepanjang kejohanan. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut merakamkan ucapan tahniah kepada semua atlet dan pasukan yang terlibat serta mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan bola jaring yang bakal mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke Peringkat Kebangsaan pada Ogos nanti.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search