LAWATAN TAPAK BAGI PERSIAPAN SUMMERCAMP RAKAN MUDA PERINGKAT KAWASAN KEPONG/SEGAMBUT 2025


Hulu Selangor, 9 Julai 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut telah mengadakan lawatan tapak ke Kem Bina Semangat, Ampang Pecah, Hulu Selangor sebagai persiapan bagi pelaksanaan Program Summercamp Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong/Segambut. Program yang dijadualkan berlangsung dari 18 hingga 20 Julai 2025 ini bakal menghimpunkan penyertaan belia pelbagai lapisan umur dari Parlimen Kepong dan Segambut.

Program Summercamp ini bertujuan untuk membangunkan potensi diri belia melalui aktiviti yang menjurus kepada pembinaan keyakinan diri, pengukuhan semangat berpasukan serta pemantapan nilai sivik. Selain itu, program ini juga memberi penekanan terhadap peranan aktif belia dalam membina komuniti yang harmoni, seiring dengan aspirasi pembangunan belia negara.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search