- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 28
PENUTUP PROGRAM KLAS RENANG SEGAMBUT 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 28
5 Julai 2025 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Kawasan Segambut 2025 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya di RNJ Swimming Academy, Cawangan Sentul. Program ini dilaksanakan dalam empat sesi hujung minggu (Sabtu dan Ahad) melibatkan penyertaan seramai 40 kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun yang diberi pendedahan kepada asas-asas teknik renang dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan. Peserta-peserta menerima sijil penyertaan KLAS Renang yang telah berlangsung pada 21 - 28Jun dan 05 Julai 2025.
Menurut maklum balas ibu bapa peserta, program ini bukan sahaja memberikan peluang kepada anak-anak untuk mempelajari kemahiran renang secara percuma, malah turut membantu mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang sihat dan bermanfaat. Penganjuran program seumpama ini dilihat mampu meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan air selain menyemai minat terhadap sukan renang dalam kalangan generasi muda.