- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 35
PERBINCANGAN DAN LAWATAN TAPAK BAGI MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) KEPONG DAN SEGAMBUT 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 35
Kepong & Segambut, 02 & 03 Julai 2025– Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut telah mengadakan sesi perbincangan serta lawatan tapak bersama Encik Norhizamudin bin Mokhtar Rudin, Pengurus Kawasan DBKL Cawangan Kepong, Puan Norfaridah binti Mohamed Zanudin, Pengurus Kawasan DBKL Cawangan Segambut dan Majlis Belia Kawasan (MBK) Kepong dan Segambut bagi persiapan awal pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Kawasan Kepong dan Segambut.
MPBN Peringkat Kawasan Kepong dijadualkan berlangsung pada 29 Julai 2025 (Selasa) bertempat di Dewan DBKL Jinjang manakala MPBN Peringkat Kawasan Segambut pada 30 Julai 2025 (Rabu) bertempat di Auditorium Pejabat Cawangan DBKL Segambut. MPBN merupakan platform rasmi penghimpunan agensi-agensi kerajaan bersama pertubuhan belia berdaftar untuk membincangkan isu serta cadangan pembangunan belia di peringkat lokaliti. Melalui sesi ini, usul-usul daripada pertubuhan belia akan dibentangkan dan diperhalusi oleh agensi-agensi terlibat dalam usaha memperkukuh hala tuju pembangunan belia setempat secara bersepadu dan inklusif.