LAWATAN TAPAK BAGI PELAKSANAAN KEM BELIA KEPONG/SEGAMBUT 2025


Sekinchan, 30 Jun – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut telah mengadakan lawatan tapak ke De’Rimbun Inn Resort & Camp, Sekinchan, Selangor bagi tujuan persediaan awal pelaksanaan Program Kem Belia Peringkat Kawasan Kepong/Segambut yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2025. Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian fasiliti, keselamatan lokasi serta merangka pengisian aktiviti berdasarkan kelebihan alam semula jadi di kawasan tersebut.

Program Kem Belia yang bakal menghimpunkan belia dari sekitar kawasan Kepong dan Segambut ini dijangka menawarkan pelbagai aktiviti menarik berbentuk pembinaan jati diri, kepimpinan, kerjasama berkumpulan dan banyak lagi. Keunikan persekitaran dan kawasan yang menarik di De’Rimbun Inn Resort & Camp dijadikan nilai tambah dalam memastikan program ini memberi impak positif serta pengalaman bermakna kepada para peserta.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search