- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 36
FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT KAWASAN KEPONG/SEGAMBUT 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 36
KUALA LUMPUR, 26 Jun – Lebih 500 penglibatan peserta di Kolej Tingkatan Enam (PraUniversiti) Desa Mahkota sempena Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong / Segambut yang berlangsung meriah dari jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Program dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, turut dihadiri oleh wakil Pejabat Ahli Parlimen Segambut, Encik Shawn Anthony Obek.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi memeriahkan penglibatan belia seperti senamrobik, sukan tradisional, karaoke terbuka, serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan demonstrasi penyelamatan mangsa oleh bomba serta badan uniform UPNM. Penganjuran fiesta ini dapat memberi ruang kepada belia untuk mencuba sesuatu yang baharu, menyerlahkan potensi diri serta mengenali peranan institusi dan agensi yang menyokong pembangunan belia negara.