- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 35
LIGA SUKAN KOMUNITI KEPONG/SEGAMBUT 2025 MERIAHKAN PENGLIBATAN KOMUNITI SETEMPAT
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 35
Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kawasan Kepong/Segambut 2025 telah berjaya dianjurkan pada 15 dan 22 Jun 2025 bertempat di dua lokasi iaitu Ace Sports World Lotus Kepong dan Gelanggang Serbaguna Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Program ini menghimpunkan komuniti dari Parlimen Kepong dan Segambut menerusi tiga acara utama iaitu sepak takraw, bola jaring dan ping pong berpasukan campuran. Pertandingan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan melibatkan penyertaan aktif komuniti setempat.
Sepak Takraw
Johan – KTC A
Naib Johan – NMTC B
Bola Jaring
Johan – Majestic
Naib Johan – Luxes
Ping Pong
Johan – Deathspinn War
Naib Johan – Deathspinn Eagle
Kesemua pasukan Johan dan Naib Johan telah diberi peluang mewakili kawasan Kepong/Segambut ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri pada 12 Julai 2025 bertempat di Arena Sukan Kuala Lumpur. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang dalam menjayakan LSK ini sebagai platform memupuk perpaduan, semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.