KLAS RENANG PERINGKAT KAWASAN SEGAMBUT 2025


SEGAMBUT, 21 Jun 2025 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Peringkat Kawasan Segambut 2025 telah berlangsung dengan jayanya di RNJ Swimming Academy, Sentul Maxim Citylights. Inisiatif ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada peserta dari Kawasan Segambut mempelajari asas-asas renang dengan bimbingan jurulatih bertauliah. Selain itu, program ini juga selaras dengan usaha kerajaan memupuk minat dan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat setempat, di samping mempersiapkan peserta dengan keyakinan dan kemahiran untuk mengharungi sebarang kemungkinan atau musibah yang berlaku.

Seramai 40 peserta berumur 6 hingga 12 tahun telah menyertai program ini dan mendapat pendedahan mengenai teknik asas renang, aspek keselamatan air, serta nilai disiplin dan keyakinan diri. Melalui latihan ini, peserta bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran renang, malah berpeluang membina semangat keberanian dan daya tahan diri, menjadikan mereka lebih bersedia menghadapi pelbagai situasi di dalam dan luar air.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search