Perbincangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Kawasan Segambut Bersama Majlis Belia Kawasan Segambut Serta Badan-Badan Gabungan


Segambut, 10 Jun 2025 (Selasa) – Satu sesi perbincangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Kawasan Segambut telah diadakan bersama badan-badan gabungan Majlis Belia Kawasan Segambut bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut pada jam 3.00 petang. Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan dan merangka usul-usul penting yang akan dibawa ke Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Kawasan Segambut. Pelbagai isu berkaitan pembangunan belia, peluang peningkatan kemahiran, keusahawanan serta penglibatan belia dalam aktiviti komuniti telah dibincangkan secara terbuka dan konstruktif oleh wakil-wakil pertubuhan belia yang hadir.

Majlis ini turut menjadi platform penting bagi menghimpunkan pandangan dan cadangan daripada akar umbi, selaras dengan usaha memperkukuh suara belia dalam proses membuat dasar di peringkat nasional. Hasil daripada perbincangan ini akan dimurnikan dan dikemukakan secara rasmi dalam MPBN peringkat kawasan akan datang. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan sumbangan idea dalam menjayakan sesi perbincangan ini.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search