Perbincangan Program Pergerakan Pemuda Malaysaia (YMM) Cawangan Segambut Bersama PBSK Kepong/Segambut 


Segambut, 30 Mei 2025 – Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawangan Segambut telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Kepong/Segambut bagi membentangkan perancangan program yang dirangka untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Objektif utama sesi ini adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menjalin kerjasama strategik bersama PBSK bagi memastikan pelaksanaan program-program dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan berimpak.
Antara topik perbincangan adalah program yang berfokus kepada kesihatan dan kesukanan kepada komuniti setempat. PBSK Kepong/Segambut menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan komitmen untuk terus menyokong usaha YMM Segambut yang diketuai oleh Cik Tan Khar Yan melalui pendekatan kerjasama yang berterusan. Semoga perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search