- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 35
Mesyuarat Penyelarasan Mini Karnival Fiesta Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong/Segambut
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 35
27 Mei 2026 (Selasa), Kepong/Segambut - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut hadir ke Mesyuarat Penyelarasan Mini Karnival Fiesta Rakan Muda peringkat Kawasan Kepong/Segambut telah diadakan di Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota pada jam 9.30 pagi yang dipengerusikan oleh YBrs. Puan Mas Ayu binti Dahalan, Pengetua Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota.
Turur hadir bersama adalah Encik Yew Foo On, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pengurusan Sekolah), Encik Halman bin Salleh, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut dan guru-guru kanan Kolej Tingkatan Enam Desa Mahkota
Mesyuarat ini membincangkan pengisian aktiviti dan gerak kerja pelaksanaan bagi Mini Karnival Fiesta Rakan Muda Peringkat Kawasan Kepong/Segambut yang akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan pihak NGO. Objektif utama program adalah untuk mempromosikan 10 Gaya Hidup Rakan Muda serta memberi platform kepada belia-belia setempat dalam menyerlahkan bakat dan potensi diri melalui aktiviti-aktiviti rakan muda.