Kemeriahan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kepong/Segambut 2025


Segambut, 15 Mei 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut telah berjaya melaksanakan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kepong/Segambut yang berlangsung meriah di SMK Segambut Jaya. Program ini menghimpunkan kira-kira 800 peserta terdiri daripada pelajar, alumni, guru-guru serta jemputan luar yang hadir bagi menyemarakkan sambutan program ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Yap Yee Vonne, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Kehadiran beliau menyerikan lagi penganjuran program yang bertujuan menyemai semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta memupuk perpaduan dalam kalangan belia setempat. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program bagi menggalakkan penglibatan aktif golongan belia seperti Senamrobik, Klinik Hair Style , Wall Mural Painting HBN, Kraf Tradisional, Speaking Corner, indoor/outdoor game, Pameran reruai dari agensi kerajaan dan NGO serta Jualan makanan minuman dan barangan.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search