Persiapan Akhir Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Kepong/Segambut


Segambut, 14 Mei 2025 – Persiapan akhir bagi penganjuran Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Kepong/Segambut telah diadakan menjelang acara yang akan berlangsung pada 15 Mei 2025 di SMK Segambut Jaya. Program ini bakal diserikan dengan kehadiran YBhg. Puan Yap Yee Vonne, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang akan merasmikan majlis tersebut.

Pelbagai pengisian menarik menanti para pengunjung termasuk lima (5) segmen aktiviti utama yang dirangka khusus untuk golongan belia serta reruai pameran daripada agensi kerajaan dan swasta. Program ini bukan sahaja bertujuan meraikan sambutan Hari Belia Negara, malah sebagai platform memperkukuh jalinan kerjasama antara komuniti belia dan pelbagai pihak berkepentingan dalam pembangunan modal insan negara.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search