- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 20
Mesyuarat Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Kepong/Segambut
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 20
Segambut, 09 Mei 2025 (Jumaat)- Mesyuarat Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Kepong/Segambut telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat SMK Segambut Jaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nur Asiah binti Che Lah, Pengetua SMK Segambut Jaya dan dihadiri oleh wakil-wakil agensi, persatuan belia, serta pihak IPT dan sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program. Mesyuarat ini bertujuan menyelaras segala persiapan dan keperluan bagi memastikan kelancaran sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kepong/Segambut pada 15 Mei 2025 (Khamis).
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah maklumat umum dan objektif berkenaan sambutan Hari Belia Negara. Selain itu, turut dibentangkan ialah pengisian program, susun atur lokasi (lay out) aktiviti, tentatif keseluruhan acara serta penyelarasan majlis perasmian yang dijangka akan dirasmikan oleh YB Hannah Yeoh selaku Ahli Parlimen Segambut. Ahli mesyuarat juga telah dibawa ke lawatan tapak sebaik sahaja selesai agenda di bilik mesyuarat. Semua pihak telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik dalam memastikan sambutan ini berjaya dan diharapkan dapat memberi impak positif kepada komuniti belia setempat.