PBSK KEPONG & SEGAMBUT MEMERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DBKL CAWANGAN KEPONG DAN MPP WPKL PARLIMEN KEPONG


Kepong, 24 April 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Kepong dan Segambut telah memenuhi jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Kepong dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Parlimen Kepong. Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Jinjang Utara ini disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.

Kehadiran PBSK Kepong dan Segambut dalam majlis ini mencerminkan komitmen berterusan agensi tersebut dalam memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat. Majlis ini turut menjadi medan mempererat jaringan kerjasama strategik bersama pemimpin komuniti dan badan-badan tempatan dalam usaha memperkasakan program-program yang dianjurkan oleh pihak PBSK Kepong dan Segambut.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah ini turut diserikan dengan pelbagai juadah tradisional dan sesi ramah mesra antara hadirin. PBSK Kepong dan Segambut menyifatkan majlis seperti ini sebagai platform penting dalam memperkukuh semangat perpaduan serta menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat majmuk.

Image
Jalan Bukit Kiara 1 60000
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon : 03-20815800 / 03-20940990
Fax : 03-20956997

http://www.jbsn.gov.my/jbs-kl

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 12:21:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search