- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 31
KELAB BELIA PEKAN KEPONG ADAKAN KUNJUNG HORMAT KE PBSK KEPONG DAN SEGAMBUT
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 31
Bukit Kiara, 24 April 2025 – Kelab Belia Pekan Kepong (KBPK) telah mengadakan sesi kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Kepong dan Segambut bagi membincangkan potensi kerjasama dalam memperkasakan aktiviti belia dan sukan khususnya di kawasan tersebut. Kunjungan ini berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat di pejabat PBSK.
Dalam sesi pertemuan tersebut, KBPK telah membentangkan kertas kerja program yang bakal dijalankan dalam masa terdekat ini. PBSK menyambut baik inisiatif KBPK serta menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan bagi menjayakan perancangan tersebut.
Kunjung hormat ini turut menjadi medan mempererat hubungan antara pihak kelab dan pegawai-pegawai baru di PBSK sekaligus membuka ruang kerjasama yang lebih erat dalam usaha melahirkan belia berdaya saing dan berperanan aktif dalam pembangunan komuniti. KBPK dan PBSK komited untuk terus berganding bahu dalam mewujudkan persekitaran belia yang progresif dan inklusif di Kepong dan sekitarnya.