- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 83
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA 2025 MERIAH DI TAMAN TASIK TITIWANGSA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 83
12 Julai 2025, Tasik Titiwangsa - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dengan kerjasama Kelab Senamrobik Retro telah melaksanakan Program Msia Aktif @ Komuniti Sesi 1 bagi Kawasan Setiawangsa.
Program yang bermula pada minggu ini dan akan diteruskan dengan baki sesi sebanyak 5 sesi akan berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa bermula Julai sehingga September 2025 mengikut kesesuaian tarikh.
Sambutan yang menggalakkan dapat dilihat pada sesi 1 ini dan ia membuktikan bahawa aktiviti kecergasan memainkan peranan yang penting bagi warga Setiawangsa.
Semoga aktiviti seperti ini memberi manfaat dan pihak PBSK Titiwangsa & Setiawangsa berharap agar komuniti Setiawangsa tidak melepaskan peluang yang telah diberi untuk terus kekal sihat.