- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 72
PROGRAM MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA 2025 KINI TELAH BERMULA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 72
KUALA LUMPUR, 8 Julai 2025 – Program Malaysia Aktif @ Komuniti bagi kawasan Titiwangsa/Setiawangsa 2025 kini telah bermula dengan jayanya, menandakan pelaksanaan siri aktiviti komuniti yang melibatkan 12 sesi bermula dari Julai hingga September 2025.
Sesi pertama telah berlangsung pada 7 Julai 2025 di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri, dengan penyertaan aktif daripada komuniti setempat. Program ini merupakan platform yang menggalakkan gaya hidup sihat dan interaksi sihat antara rakyat serta agensi kerajaan, seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.
Sebanyak 12 sesi akan dilaksanakan — 6 sesi di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri dan 6 sesi lagi di Astaka, Taman Tasik Permaisuri. Antara aktiviti utama ialah zumba dan senamrobik, yang terbukti menarik minat pelbagai lapisan masyarakat setempat.
Program ini turut mendapat sokongan padu daripada rakan strategik seperti Kelab Senamrobik Retro dan Kelab Anak Muda Inspirasi, Kampung Datuk Keramat, yang bersama-sama menjayakan sesi senaman dan menyemarakkan semangat komuniti.
Objektif utama program ini adalah untuk memupuk semangat kekitaan, memperkukuh hubungan sosial serta memperluaskan akses komuniti kepada program yang sihat, positif dan berimpak tinggi. Dengan penglibatan komuniti yang memberangsangkan pada sesi pertama, penganjur yakin bahawa baki sesi akan terus mendapat sambutan dan menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang aktif, peka dan bersatu.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa kerana memberi ruang untuk menggunakan Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri bagi pelaksanaan Msia Aktif@ Komuniti Kawasan Titiwangsa sebanyak 6 sesi.