- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 124
LIGA SUKAN KOMUNITI TITIWANGSA/SETIAWANGSA 2025 MERIAH DI MALURI
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 124
Maluri, 21 Jun 2025 – Liga Sukan Komuniti Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa 2025 telah berlangsung dengan meriah hari ini melibatkan tiga acara sukan utama iaitu Bola Jaring, Sepak Takraw dan Ping Pong. Pertandingan Bola Jaring dan Sepak Takraw telah diadakan di Gelanggang Rakyat Jalan Wirawati, Maluri, manakala acara Ping Pong berlangsung di Dewan Yayasan Bena Nusa, Maluri.
Acara yang melibatkan penyertaan aktif komuniti ini bertujuan mencungkil bakat sukan tempatan serta memperkukuh semangat perpaduan dan kesukanan dalam kalangan penduduk setempat. Setiap acara menyaksikan persaingan sengit dan semangat kesukanan yang tinggi. Johan dan Naib Johan bagi ketiga-tiga acara akan mewakili kawasan Titiwangsa/Setiawangsa ke peringkat negeri yang dijangka berlangsung pada bulan Julai 2025.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa bersama En. Nik Faisullah, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik yang menjayakan program ini, termasuk Kelab Bola Sepak Mahawangsa, DBKL Titiwangsa, MBK Titiwangsa, MBK Setiawangsa serta individu-individu yang telah menyumbang tenaga dan sokongan dalam menjayakan penganjuran liga ini.
Liga ini bukan sahaja menjadi medan sukan, malah satu platform memperkukuh jalinan komuniti ke arah masyarakat sihat, aktif dan bersatu.