- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 54
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 54
SETIAWANGSA – Mesyuarat penyelarasan bagi Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa telah berjaya diadakan pada 12 Jun 2025 (Khamis), bertempat di Presidential Room, Universiti Geomatika Malaysia.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Prof Madya Norazean binti Abdul Malik, Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Geomatika Malaysia. Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Khairuddin bin Khalid, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa bersama kakitangan, serta Encik Nik Faisullah Reed, Pengerusi Majlis Belia Kawasan Titiwangsa dan Encik Ilyas, wakil Majlis Belia Kawasan Setiawangsa.
Objektif utama mesyuarat adalah untuk menyelaras pelaksanaan Program Fiesta Rakan Muda yang bakal berlangsung pada 25 Jun 2025 bertempat di Universiti Geomatika Malaysia. Program ini dijangka menjadi platform penting bagi menarik minat golongan belia untuk menyertai pelbagai inisiatif di bawah Rakan Muda, selain memberi ruang kepada mereka menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.
Menurut YBrs. Prof Madya Norazean, fiesta ini akan berkonsepkan mini karnival sehari yang padat dengan pelbagai aktiviti menarik berasaskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Antara gaya hidup yang akan diketengahkan termasuklah Rakan Bumi, Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Ekspresi, Rakan Digital, Rakan Muzik, Rakan Litar, Rakan Prihatin, Rakan Niaga dan Rakan MAHIR.
Penganjuran program ini juga dilihat mampu memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan pertubuhan belia dalam usaha membangunkan potensi belia di kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa secara lebih inklusif dan progresif.