- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 54
KAKITANGAN PBSK TITIWANGSA/SETIAWANGSA HADIR KE PROGRAM MARI MENCUBA PICKLEBALL 2.0 ANJURAN MAJLIS BELIA KAWASAN TITIWANGSA
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 54
Taman Maluri, 23 Mei 2025- Seramai 40 orang belia bersama kesemua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Titiwangsa/Setiawangsa telah menyertai Program Mari Mencuba Pickleball 2.0 yang berlangsung di Paddle Hub 7, Dewan Rekreasi Taman Maluri, pada Jumaat lalu.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Kawasan Titiwangsa ini bertujuan memperkenalkan sukan pickleball kepada komuniti belia setempat sebagai salah satu aktiviti rekreasi baharu yang menyeronokkan, mudah dimainkan dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Md. Nor bin Ibrahim, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, yang turut meluangkan masa berinteraksi bersama peserta serta memberikan sokongan terhadap inisiatif memperkasa gaya hidup sihat dalam kalangan belia.
Penglibatan aktif daripada pihak PBSK dan kehadiran penuh kakitangannya menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menyokong usaha belia setempat dan mempromosikan sukan-sukan alternatif yang mampu mengeratkan hubungan komuniti serta memperkukuh jati diri belia masa kini.
Program ini turut menjadi platform santai untuk memperluas jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan organisasi belia dalam menjayakan agenda pembangunan belia di kawasan bandar.