- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 57
PERSIAPAN MERIAH SEMPENA SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT KAWASAN TITIWANGSA/SETIAWANGSA 2025
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 57
Kuala Lumpur, 14 Mei 2025 - Sempena sambutan Semarak Hari Belia Negara yang bakal berlangsung pada 15 Mei 2025, persiapan untuk menyemarakkan acara peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa kini sedang giat dijalankan. Program yang akan berlangsung di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada peranan belia dalam pembangunan negara, sekaligus mempamerkan semangat perpaduan dan kreativiti golongan muda.
Bertemakan "Semarakkan Hari Belia Negara", program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dengan kerjasama dari Kelab Anak Muda Inspirasi Datuk Keramat, Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, dan Majlis Belia Kawasan Setiawangsa. Selain itu, acara ini turut disokong oleh rakan strategik seperti Pejabat Cawangan DBKL Titiwangsa dan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur.
Pelbagai aktiviti menarik telah dirancang, termasuk pertandingan sukan, pameran peluang kerjaya, forum belia, serta bengkel kemahiran yang bertujuan menggalakkan belia untuk lebih berdaya saing dan memberi impak positif kepada masyarakat. Acara ini juga akan menjadi medan bagi belia untuk mempamerkan bakat, berkongsi idea serta membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan golongan muda. Dengan persiapan yang telah dijalankan, semua pihak dijemput untuk hadir esok dan sama-sama memeriahkan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa 2025.